Monday, 26 March 2012

Amanat Raja Muda kita


Atlet jangan 'gelap mata' - Raja Muda Perlis


KANGAR 26 Mac - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan ahli sukan supaya tidak 'gelap mata' untuk memperoleh wang sehingga melibatkan diri dengan aktiviti rasuah dan penyalahgunaan dadah sebagai jalan mudah bagi meraih kejayaan.
Titah baginda, sebaliknya tindakan tersebut melanggar etika atlet yang bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah keluarga, masyarakat dan negara.
"Tindakan ini (rasuah dan penyalahgunaan dadah) sama sekali tidak bijak, malah untuk menjadi cemerlang, atlet bukan sahaja perlu gigih berlatih tetapi memiliki sifat penyabar, jujur, ikhlas, berdisiplin, bermoral dan mengamalkan kesukanan yang tinggi pada bila-bila masa," tambah baginda.


lokasi : Stadium Utama Kangar (petikan dari  Utusan Malaysia )

Sunday, 25 March 2012

Ujian Allah.....;

Ribut Melanda Perlis


Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Diharap anda semua tidak jemu mengikuti perkembangan blog kami ni... Kali ni kami ada berita yg nak di "share" kpd anda.. Berita ni pasal ribut!! Ribut yang melanda Perlis petang td.. Lebih kurang dlm pukoi 5 lbh kurang ar, lepas asaq.. Kejadian ni berlaku kat depan gedung TenTen 10 Kangaq..Sederet kedai makan depan TenTen 10 tu bumbung dia diterbangkan oleh ribut disertakan dengan hujan lebat.. nasib la xdak orang yang dok pi makan kt kedai uncle tu..kalau dak, ceramuk abeh..Ni ada la gambaq yang sempat kami rakam untuk tatapan hangpa...

mangsa keadaan di hadapan Gedung TenTen10

signboard yang tumbang semasa ribut di Tmn Kemajuan,Kangar

Waktu yg sama jgk, tapi kali ni kat Taman Kemajuan, Kangaq.. Dahan pokok besaq tumbang n menimpa gerai makan depan taman 2...payung2 terbalik abeh..yang ni xdan nk amik pic sebab hujan masih lagi lebat..kami ' takuit'.. hmm kesian Pakcik kedai makan 2,nampak gaya esk dia xleh niaga ar.. Bukan yg tu saja, sepanduk kat depan taman tu pun tumbang dipukoi ' ribuit'.. Alhamdulillah.. Xdak apa2 kemalangan yg berlaku kat penduduk taman tu.. Semoga Allah mengampunkan kita semua..

Saturday, 24 March 2012

Jom Lepak!!

BERSANTAI SAMBIL MAKAN LOKCHIN DI KUALA PERLIS



Lokchin?? mungkin bunyi dia agak pelik bagi kita. Tapi bagi sesiapa yang mengetahuinya mesti akan rasa xsabaq ja nak p makan lg... Org2 Perlis mesti dah familiar dgn makanan ni, siap cemuih dah kot.. Makanan ni dikatakan berasal dari Siam tetapi ia telah lama famous di negeri ini. Mau x femes, try anda lalu kat tepi2 pantai K.Perlis ni, memang senang ar nak jumpa org duk niaga makanan ni.. Sebenarnya lokchin ni terdapat dalam pelbagai jenih, antaranya ialah sosej, kek ikan, jejari dan bebola ikan. Semua makanan ni dicucuk dengan lidi n dibakar selama beberapa minit bagi membangkitkan aromanya n kemudian dicelup kedalam sos cili..layan dak??haha



Makcik tgh bakaq lokchin


Anda boleh menikmati makanan ini sambil bersantai menikmati hembusan angin laut yang sungguh menyegarkan pada waktu malam. Setiap hari, kawasan persisir pantai K.Perlis ini akan dipenuhi dengan deretan gerai yang menjuai lokchin ni antara 5 hingga 6 buah gerai n meningkat sehingga 14 buah gerai menjelang malam minggu.

Seorang pelanggan, Muhammad Mubarak, 23, yang merupakan pelajar di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu dia selalu mai makan lokchin kat sini pada waktu malam bersama2 rakan kuliah dia. Katanya lagi, lokchin paling sedap ialah perasa udang lipan yang berwarna hijau. "Perasa ni memang paling sedap sekali n biasanya selalu habis cepat kerana ramai sudah tahu jenis ni adalah paling sedap dimakan," katanya.

So, duk tunggu apa lagi...bosan2 p lar makan Lokchin Kuala Perlis ni..

7 Keajaiban Dalam Islam

   Menara Pisa, Piramid Agung Giza, Tembok Besar Cina, Candi Borobudur, Taj Mahal, Berhala Zeus, dan Taman Tergantung Babylon, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin para pembaca bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?
Memang tujuh keajaiban lain yang kami akan sajikan di hadapan pembaca sekalian belum pernah ditayangkan di TV, tidak pernah disiarkan di radio-radio dan belum pernah dimuat di media cetak. Tujuh keajaiban dunia itu adalah:

1.Haiwan Berbicara di Akhir Zaman


 Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul hewan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,

“Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.
Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas,  “Haiwan ini akan keluar diakhir zaman ketika rusaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Khabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]
Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, hewan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”. [HR. Muslim dalam Sohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)].

2.Pohon Kurma yang Menangis



Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- , mengapa sampai pohon ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- bertutur,

“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu- berkata: “Adalah dahulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut” .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Dulu Nabi -Solallahu ‘alaihi wa sallam- berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang korma itu pun merintih. Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang korma itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Sohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)].

3.Untaian Salam Batu Aneh



Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam? Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya, Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Sohih-nya (1782)].

4.Pengaduan Seekor Unta



Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh karena itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata, 
“Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu  beliau masuk kedalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi -Sollallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Sollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke belakangnya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata, “Unta itu milikku, wahai Rasulullah”.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda, “Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, karena ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)].


5.Kesaksian Kambing Panggang



Kalau binatang yang masih hidup boleg berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadits berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam- menerima hadiah, dan tak mau makan sodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah dicampur racun. Lalu Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum  (sahabat) juga makan. Maka Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa ia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur Al-Ansoriy. Maka Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan membawa surat), “Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab, “Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”. Kemudian Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi -Sollallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,”Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khaibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus”. [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

6.Batu yang Berbicara



Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Sollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi -Soallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara mengikut hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, “Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara secara hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)].


7.Semut Memberi Arahan



Mungkin kita pernah mendengar cerita rekaan tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiktion belaka alias omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,

“Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata: “Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”.Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari. Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kokoh di hati kaum para muslimin....

Sekian...Salam Perpaduan dan Salam Kecintaan buat saya untuk Semua.....xDD











Nukilan Unggul taja Mingguan Malaysia



KANGAR 24 Mac - Syarikat penerbitan bumiputera, Nukilan Unggul Publication menaja akhbar Mingguan Malaysia sebanyak 1,000 naskhah sempena perasmian Karnival Sastera dan Budaya Negeri Perlis di Kompleks C-Mart, Arau, dekat sini  mulai pukul 8 pagi esok. Pengarah Urusannya, Khairul Hazamy Abdul Ghani berkata, tajaan bernilai RM1,600 itu untuk memberi peluang kepada pengunjung karnival mendapat naskhah percuma akhbar itu selain menambahkan lagi ilmu pengetahuan.


Selain itu, katanya, syarikat tersebut juga akan memperkenalkan buku-buku terbitannya bagi menyedarkan masyarakat pentingnya budaya membaca terutama pembacaan buku jawi di kalangan anak muda.
Khairul Hazamy telah menyampaikan replika cek tajaan berjumlah RM1,600 kepada Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Bhd., Mohd. Shukri Hamad, di sini baru-baru ini.

Sumber : Mingguan Malaysia

“Berdoa di Facebook adakah ia wajar???

“Berdoa di Facebook adakah ia wajar???”



Sebelum aku sambung dengan lebih lanjut, aku nak make sure korang faham yang ini bukanlah hujah yang disokong oleh mana-mana dalil ke pak ustaz ke, ataupun aku nak tegakkan benang yang basah mahupun lembap. Ni pandangan sendiri je, kalau tak setuju cakaplaa na

Pertama sekali, apa definisi "DOA"? bukan DotA ye adik-adik. Since aku takde buku teks masa sekolah agama kecik-kecik dulu, so aku takleh directly quote dari situ tapi ada website ni kata maksudnya ialah
Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi meyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat.
Tapi apa yang dilihat zaman sekarang ni doa bukan perubungan secara terus manusia dengan Tuhannya tetapi ialah perhubungan manusia dengan Tuhan dengan melalui Fesbuk. Agaknya kalau banyak orang like, doanya lebih dimakbulkan. Agaknya lah kan, tapi kalau bab doa-doa ni memang ramai gila yang like. Bila bangga nanti sebab orang like, apa fungsi doa tu agaknya. Sebagai bermegah-megah?

Dalam Facebook, aku kelaskan doa kepada DUA JENIS

JENIS PERTAMA - DOA BERGUNA

 Sesetengah doa di Facebook mengajar kita supaya pada tarikh-tarikh tertentu kita digalakkan membaca doa tersebut. Contohnya lah kan, doa awal tahun, doa Maal Hijrah, doa masuk tandas, doa makan, doa tengok cermin dan sebagainya. Doa-doa yang macam ni sangat bagus untuk dipelajari, diamalkan dan juga dihafal.

JENIS KEDUA - DOA ORANG TAK GUNA

1 -"Ya Allah, aku bersyukur kerana dihadiahkan sebuah Lamborghini oleh papaku yang awesome. Semoga dipanjangkan umurnya"

2 - "Ya Allah, semoga dimurahkan lagi rezeki untuk ke France lagi tahun depan"

3 - "Syukurlah kerana kami dah 5 tahun bercouple tapi tak pernah bergaduh lagi. Kalau bergaduh pun tak melarat mana sangat. Semoga hubungan ni terus diberkati Allah"

Adik-adik, kalau korang nak berlagak, go on je straight to the point but you dont have to perverse God's name in order to do that. Doa jenis kedua ni senang je nak detect, kalau kau baca tapi tak mendatangkan apa-apa faedah dekat korang, maka ini lah jenis kedua. yang aku cakapkan tu. Yang contoh 3 tu lagi la ironi habis.

Ada orang cakap doa camni sebenarnya orang tu berdoa ikhlas dan menggalakkan kita berdoa utk orang tu sekali tapi pendapat aku, benda yang boleh mendatangkan riak dengan apa yang kau ada tu, tak payah bagi tau dekat orang ramai lagi bagus 





Ini cuma pendapat saya, Yang Buruk Datangnya Dari Saya Sendiri dan sesungguhnya yang terbaik itu milik Allah (s.w.t)..........................Sekian.^_^     

BETOI TUH...


Assalamualaikum & salam sejahtera semua...di harap anda semua, pengikut blog kami sekalian sihat2 hendakNya noh...alhamdulillah dapat jugak kami luangkan sedikit masa untuk kongsi kan bersama entry ini pada anda semua..kalau ikutkan hati nak ja p men game PES 2012 lani...hehehe tapi tak pa ar game tu bila2 leh layan kan.. sebelum kami nak post entry kali ni, kami duk runsing gak..pikiaq punya pikiaq tak pa ka duk cerita pasai ni, bukan apa takut anda semua "cemuih" ja..hehe. bole la kot..cincai kira..haha. Bila kita sebut pasai jihad, mesti kita ingat pasai orang berani mati sebab nak pertahankan agama Islam kan, betoi dak?? silap tu kwn2... Konsep jihad ni meluas kot.. Dalam kita nak study pun kita bole berjihad, kita nak kejaq cita2 kita, kita nak bersukan.. Semua ni kita bole buat dalam konsep berjihad. Dalam erti kata laen jihad ni menunjukkan kesungguhan kita, tekad kita dalam melakukan apa saja perbuatan n kerja. Kat sini ada kami kongsikan sedikit titah Baginda Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzudin kita pasai berjihad...




~Umat Islam perlu berjihad untuk tingkatkan ekonomi, Titah Raja Muda~




KANGAR  23 MAC 2012 -- Umat Islam perlu melakukan transformasi positif dan berjihad ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi yang sejajar dengan tuntutan agama, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda dalam menghadapi persaingan ekonomi semasa, mereka perlu berjihad dalam perniagaan di samping mewujudkan 'wakaf korporat' sebagai institusi yang boleh membantu perkembangan ekonomi Islam.

Bertitah merasmikan seminar 'Jihad Bisnes dan Wakaf Korporat' di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis malam tadi, baginda yakin ekonomi umat Islam akan terus berkembang jika mereka turut menyertai transformasi itu.
Seminar itu dianjurkan bersama oleh Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Timbalan Presiden DPIM Tan Sri Muhamad Ali Hashim membentang kertas kerja bertajuk 'Jihad Bisnes dan Wakaf Korporat Pemangkin Ekonomi Ummah' pada majlis yang dihadiri umat Islam seluruh Perlis itu.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah umat Islam ketika ini sedang menghadapi cabaran hebat dalam sektor ekonomi yang menampakkan mereka ketinggalan.

"Bagi membangunkan semula ekonomi umat Islam, satu pendekatan alternatif yang lebih kreatif dan efektif perlu dilakukan dan menjadikan kegiatan perniagaan sebagai satu jihad dan tidak hanya melihat sebagai tuntutan duniawi,"
titah baginda.

Baginda juga yakin cadangan mewujudkan wakaf korporat sebagaimana yang dibangkitkan oleh DPIM pada Kongres Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia pada September tahun lalu merupakan langkah yang boleh membantu menjana perkembangan ekonomi umat Islam.."Malang sekali pada hari ini, kekuatan institusi waqaf ini agak disempitkan, hanya menyediakan keperluan ibadah khusus seperti tapak masjid dan surau serta tanah perkuburan sahaja," titah baginda

.

Haa..nak baca full berita ni kena la check balik berita sinar harian 23 Mac ok..Macam Raja Muda ni cakap, kita kena la berjihad dalam berniaga terutamanya masyarakat Melayu kita sendiri supaya masyarakat kita dapat "duduk sama rendah & berdiri sama tinggi" dengan masyarakat laen di dunia ini terutamanya dalam bidang ekonomi..Kalau kita sendiri tak usaha majukan masyarakat kita, sapa lagi nak bagi maju??sama2 pikiaq k...

  mau dok tobat buang!!555 ❤❤



Sumber: Sinar Harian

Wednesday, 21 March 2012

PESANAN UNTUK SEMUA~


Assalamualaikum & salam sejahtera kpd semua kwn2..hari ni kami da cita yg nak dikongsi2 bersama anda semua.. Ini pasal satu berita ni,berita ni kami amik dari keratan sinar harian yg kami baca emm bru lagi nih...hehe. saja ja nk kongsi2 buat iktibar n pedomen..Berita ni pasai kes remaja la ni..



NAZATUL TUMPANG VAN LELAKI TAK DIKENALI KE BANGKOK
BANGKOK-Siasatan awal Polis Imigresen Thai menunjukkan remaja perempuan Malaysia berusia 15 Tahun, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang hilang bersama lima rakan Rohingyanya, menumpang kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenali di Malaysia dekat sempadan Thai-Malaysia, sebelum memesuki negara jiran itu secara haram. Timbalan Komander Pusat Siasatan Biro Imigresen Pol Col Chartchai Lamsaeng berkata, hari ini mereka menaiki sebuah vanberdaftar di Malaysia yang di tawarkan oleh seorang lelaki Malaysia dekat sempadan pada 8 Mac. Lima remaja Rohingya itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 16 tahun.Keenam-enam mereka adalah rakan dan mengenali satu sama lain. "Mereka diberi minum oleh lelaki itu dan sejurus kemudian mereka tertidur,"Chartchai yang mengetuai siasatan kes itu memberitahu Bernama , disini ~ Wallahua'lam~

Try selak2 paper Sinar kalau nk tau lebih ' lanjuit ' org pegheleh kata..sblm lupa..ni nk pesan la utk diri sndri n ahli kariah semua la no..jadikan berita ni sbgai pengajaran..risau la ni zaman dh maju dh..mcm2 bnda boleh jadi.. n nak buat sesuatu tindakan tu kita kena la pikiaq pnjg2 n molek2.. nanti yg susah bkn org laen, diri kita ' seniri ' n mak ayh kita...
  mau dok tobat buang!!555 ❤❤



Sumber :Sinar Harian

Sunday, 18 March 2012

PAGE BARU KITA ~

salam kawan2..ni dh ada dh belog sepot..hangpa pakat2 boh la apa2 pn crita..jgn wt lecey ~