Saturday, 24 March 2012


Nukilan Unggul taja Mingguan Malaysia



KANGAR 24 Mac - Syarikat penerbitan bumiputera, Nukilan Unggul Publication menaja akhbar Mingguan Malaysia sebanyak 1,000 naskhah sempena perasmian Karnival Sastera dan Budaya Negeri Perlis di Kompleks C-Mart, Arau, dekat sini  mulai pukul 8 pagi esok. Pengarah Urusannya, Khairul Hazamy Abdul Ghani berkata, tajaan bernilai RM1,600 itu untuk memberi peluang kepada pengunjung karnival mendapat naskhah percuma akhbar itu selain menambahkan lagi ilmu pengetahuan.


Selain itu, katanya, syarikat tersebut juga akan memperkenalkan buku-buku terbitannya bagi menyedarkan masyarakat pentingnya budaya membaca terutama pembacaan buku jawi di kalangan anak muda.
Khairul Hazamy telah menyampaikan replika cek tajaan berjumlah RM1,600 kepada Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Bhd., Mohd. Shukri Hamad, di sini baru-baru ini.

Sumber : Mingguan Malaysia

No comments: