Saturday, 24 March 2012

BETOI TUH...


Assalamualaikum & salam sejahtera semua...di harap anda semua, pengikut blog kami sekalian sihat2 hendakNya noh...alhamdulillah dapat jugak kami luangkan sedikit masa untuk kongsi kan bersama entry ini pada anda semua..kalau ikutkan hati nak ja p men game PES 2012 lani...hehehe tapi tak pa ar game tu bila2 leh layan kan.. sebelum kami nak post entry kali ni, kami duk runsing gak..pikiaq punya pikiaq tak pa ka duk cerita pasai ni, bukan apa takut anda semua "cemuih" ja..hehe. bole la kot..cincai kira..haha. Bila kita sebut pasai jihad, mesti kita ingat pasai orang berani mati sebab nak pertahankan agama Islam kan, betoi dak?? silap tu kwn2... Konsep jihad ni meluas kot.. Dalam kita nak study pun kita bole berjihad, kita nak kejaq cita2 kita, kita nak bersukan.. Semua ni kita bole buat dalam konsep berjihad. Dalam erti kata laen jihad ni menunjukkan kesungguhan kita, tekad kita dalam melakukan apa saja perbuatan n kerja. Kat sini ada kami kongsikan sedikit titah Baginda Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzudin kita pasai berjihad...




~Umat Islam perlu berjihad untuk tingkatkan ekonomi, Titah Raja Muda~




KANGAR  23 MAC 2012 -- Umat Islam perlu melakukan transformasi positif dan berjihad ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi yang sejajar dengan tuntutan agama, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda dalam menghadapi persaingan ekonomi semasa, mereka perlu berjihad dalam perniagaan di samping mewujudkan 'wakaf korporat' sebagai institusi yang boleh membantu perkembangan ekonomi Islam.

Bertitah merasmikan seminar 'Jihad Bisnes dan Wakaf Korporat' di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis malam tadi, baginda yakin ekonomi umat Islam akan terus berkembang jika mereka turut menyertai transformasi itu.
Seminar itu dianjurkan bersama oleh Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Timbalan Presiden DPIM Tan Sri Muhamad Ali Hashim membentang kertas kerja bertajuk 'Jihad Bisnes dan Wakaf Korporat Pemangkin Ekonomi Ummah' pada majlis yang dihadiri umat Islam seluruh Perlis itu.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah umat Islam ketika ini sedang menghadapi cabaran hebat dalam sektor ekonomi yang menampakkan mereka ketinggalan.

"Bagi membangunkan semula ekonomi umat Islam, satu pendekatan alternatif yang lebih kreatif dan efektif perlu dilakukan dan menjadikan kegiatan perniagaan sebagai satu jihad dan tidak hanya melihat sebagai tuntutan duniawi,"
titah baginda.

Baginda juga yakin cadangan mewujudkan wakaf korporat sebagaimana yang dibangkitkan oleh DPIM pada Kongres Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia pada September tahun lalu merupakan langkah yang boleh membantu menjana perkembangan ekonomi umat Islam.."Malang sekali pada hari ini, kekuatan institusi waqaf ini agak disempitkan, hanya menyediakan keperluan ibadah khusus seperti tapak masjid dan surau serta tanah perkuburan sahaja," titah baginda

.

Haa..nak baca full berita ni kena la check balik berita sinar harian 23 Mac ok..Macam Raja Muda ni cakap, kita kena la berjihad dalam berniaga terutamanya masyarakat Melayu kita sendiri supaya masyarakat kita dapat "duduk sama rendah & berdiri sama tinggi" dengan masyarakat laen di dunia ini terutamanya dalam bidang ekonomi..Kalau kita sendiri tak usaha majukan masyarakat kita, sapa lagi nak bagi maju??sama2 pikiaq k...

  mau dok tobat buang!!555 ❤❤



Sumber: Sinar Harian

No comments: