Saturday 24 March 2012

“Berdoa di Facebook adakah ia wajar???

“Berdoa di Facebook adakah ia wajar???”



Sebelum aku sambung dengan lebih lanjut, aku nak make sure korang faham yang ini bukanlah hujah yang disokong oleh mana-mana dalil ke pak ustaz ke, ataupun aku nak tegakkan benang yang basah mahupun lembap. Ni pandangan sendiri je, kalau tak setuju cakaplaa na

Pertama sekali, apa definisi "DOA"? bukan DotA ye adik-adik. Since aku takde buku teks masa sekolah agama kecik-kecik dulu, so aku takleh directly quote dari situ tapi ada website ni kata maksudnya ialah
Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi meyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat.
Tapi apa yang dilihat zaman sekarang ni doa bukan perubungan secara terus manusia dengan Tuhannya tetapi ialah perhubungan manusia dengan Tuhan dengan melalui Fesbuk. Agaknya kalau banyak orang like, doanya lebih dimakbulkan. Agaknya lah kan, tapi kalau bab doa-doa ni memang ramai gila yang like. Bila bangga nanti sebab orang like, apa fungsi doa tu agaknya. Sebagai bermegah-megah?

Dalam Facebook, aku kelaskan doa kepada DUA JENIS

JENIS PERTAMA - DOA BERGUNA

 Sesetengah doa di Facebook mengajar kita supaya pada tarikh-tarikh tertentu kita digalakkan membaca doa tersebut. Contohnya lah kan, doa awal tahun, doa Maal Hijrah, doa masuk tandas, doa makan, doa tengok cermin dan sebagainya. Doa-doa yang macam ni sangat bagus untuk dipelajari, diamalkan dan juga dihafal.

JENIS KEDUA - DOA ORANG TAK GUNA

1 -"Ya Allah, aku bersyukur kerana dihadiahkan sebuah Lamborghini oleh papaku yang awesome. Semoga dipanjangkan umurnya"

2 - "Ya Allah, semoga dimurahkan lagi rezeki untuk ke France lagi tahun depan"

3 - "Syukurlah kerana kami dah 5 tahun bercouple tapi tak pernah bergaduh lagi. Kalau bergaduh pun tak melarat mana sangat. Semoga hubungan ni terus diberkati Allah"

Adik-adik, kalau korang nak berlagak, go on je straight to the point but you dont have to perverse God's name in order to do that. Doa jenis kedua ni senang je nak detect, kalau kau baca tapi tak mendatangkan apa-apa faedah dekat korang, maka ini lah jenis kedua. yang aku cakapkan tu. Yang contoh 3 tu lagi la ironi habis.

Ada orang cakap doa camni sebenarnya orang tu berdoa ikhlas dan menggalakkan kita berdoa utk orang tu sekali tapi pendapat aku, benda yang boleh mendatangkan riak dengan apa yang kau ada tu, tak payah bagi tau dekat orang ramai lagi bagus 





Ini cuma pendapat saya, Yang Buruk Datangnya Dari Saya Sendiri dan sesungguhnya yang terbaik itu milik Allah (s.w.t)..........................Sekian.^_^     

No comments: