Monday 26 March 2012

Amanat Raja Muda kita


Atlet jangan 'gelap mata' - Raja Muda Perlis


KANGAR 26 Mac - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan ahli sukan supaya tidak 'gelap mata' untuk memperoleh wang sehingga melibatkan diri dengan aktiviti rasuah dan penyalahgunaan dadah sebagai jalan mudah bagi meraih kejayaan.
Titah baginda, sebaliknya tindakan tersebut melanggar etika atlet yang bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah keluarga, masyarakat dan negara.
"Tindakan ini (rasuah dan penyalahgunaan dadah) sama sekali tidak bijak, malah untuk menjadi cemerlang, atlet bukan sahaja perlu gigih berlatih tetapi memiliki sifat penyabar, jujur, ikhlas, berdisiplin, bermoral dan mengamalkan kesukanan yang tinggi pada bila-bila masa," tambah baginda.


lokasi : Stadium Utama Kangar (petikan dari  Utusan Malaysia )

No comments: