Saturday 24 March 2012

Jom Lepak!!

BERSANTAI SAMBIL MAKAN LOKCHIN DI KUALA PERLIS



Lokchin?? mungkin bunyi dia agak pelik bagi kita. Tapi bagi sesiapa yang mengetahuinya mesti akan rasa xsabaq ja nak p makan lg... Org2 Perlis mesti dah familiar dgn makanan ni, siap cemuih dah kot.. Makanan ni dikatakan berasal dari Siam tetapi ia telah lama famous di negeri ini. Mau x femes, try anda lalu kat tepi2 pantai K.Perlis ni, memang senang ar nak jumpa org duk niaga makanan ni.. Sebenarnya lokchin ni terdapat dalam pelbagai jenih, antaranya ialah sosej, kek ikan, jejari dan bebola ikan. Semua makanan ni dicucuk dengan lidi n dibakar selama beberapa minit bagi membangkitkan aromanya n kemudian dicelup kedalam sos cili..layan dak??haha



Makcik tgh bakaq lokchin


Anda boleh menikmati makanan ini sambil bersantai menikmati hembusan angin laut yang sungguh menyegarkan pada waktu malam. Setiap hari, kawasan persisir pantai K.Perlis ini akan dipenuhi dengan deretan gerai yang menjuai lokchin ni antara 5 hingga 6 buah gerai n meningkat sehingga 14 buah gerai menjelang malam minggu.

Seorang pelanggan, Muhammad Mubarak, 23, yang merupakan pelajar di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu dia selalu mai makan lokchin kat sini pada waktu malam bersama2 rakan kuliah dia. Katanya lagi, lokchin paling sedap ialah perasa udang lipan yang berwarna hijau. "Perasa ni memang paling sedap sekali n biasanya selalu habis cepat kerana ramai sudah tahu jenis ni adalah paling sedap dimakan," katanya.

So, duk tunggu apa lagi...bosan2 p lar makan Lokchin Kuala Perlis ni..

2 comments:

aidie fazril said...

memamg sdp pn mknan ni..sdp hgga nk tmbh lg..he33

aidie fazril said...

memg sdp gler